Wednesday, 28 October 2015

Chicken Chop

Hai korggggg !!! selamat petanggg . hehehe

Alhamdulilah semalam aku dapat juga makan chicken chop . bukan mengidam cuma tekak rasa nak makan sangat . huhu
terima kasih pada kawan baikku sebb bawak aku pergi makan kat sana . pada aku okayy ahh . mahal tapi berbaloi .  sedapppppppp yang pasti . huhuhuhu
nampak tak sedap dia tuh mcm mana. hahaha


mesty korang terliur kan . huhuhuhu 

untuk pengetahuan korang dekat situ pun ada mcm mcm makanan tau. bukan ada chicken chop jea .  terdapat banyak gerai . tempat duduk pun banyak disediakan. lebih kurang style open table. dan kat situ ada satay famous atau willy satay. ingat nak try tapi tak sanggup nak beratur amik order.lagipun dah makan chicken chop tuh kan.  . mungkin next time boleh cuba kot . hehehe
lupa nak gthu ini adalah alamat kalau korg nak try makan kat situ.  . so korg boleh ahhh try ah yea makan dekat situ dengan kawan ke atau dengan keluarga.

alamat :willy satay@ ramal food junction 
           Jalan Sungai Ramal, 43000 Kajang




makanan

Hai korang ? apa khabar ? sihat ?
hope semua dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping keluarga yea ......

 harinih aku nak cerita topik pasal makanan . wuuuuuuu 
topik yang paling disukai org semua orangggg . siapa je tak suka makan kan ? kalau ada pun tak suka  kena makan lah juga  sebb kalau tak makan sakit nanti. okayy hambar . huhuhu
berbalik pada topik kali nih aku nak share makanan yang paling aku gemari. semestinyaaa semua makann nih boleh didapati kat johor .
 hai saya orang johor !!!! hehehehe
 okayy. 

Mee racun Batu Pahat


 Laksa Johor


Mee Bandung

Roti Jala

Nasi Beriani Gam Batu Pahat

Lontong Goreng

Nasi Ambang

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap


mesty korg terliur kan . aku pun terliur juga tengok gambar nih semua . hahahaha
bagi sesiapa yg tak pernah merasa makann yg aku share nih cubalahh . mana tahu jatuh cinta nanti .. hahaha . okayy lahh bye . salam sayang untuk korg semua yea :')

Saturday, 24 October 2015

sesal

salam sayang untuk semua yang membaca blog saya :'D

 minggu lepas aku ada lab test 1 untuk subjek aplikasi komputer . 
baca soalan mcm okayyy tuh pun setelahh siap pak google translatekan . hahahaha 
tapi bila nak jawab aku rasa nota nota yang aku buat mcm tak boleh pakai . hahahaha 
tak tahu nak ckp okay ke tak sebb aku mulakan jawab soalan dengan agak slow. sebb banyak benda yang aku rasa tak pasti  .so bila nak akhir akhir jadi kelam kabut sikit . maklumlahhh lab test yg pertama jadi mcm kononyaa nak buat slow slow tapi lastnyaaa . hmmmm .  apa yg aku sesalnyaaa aku tak buat nota dengan baik . dan terlalu was was masa nak buat lab test tuh . jadi masa banyak habis masa termenung jea . walaupun pape pun aku redha dengan markah yg sir Azzwan beri kat aku nanti . bukan nak pasrah sangat tapi apa yg aku buat tuh lahh yg aku dapat kan :') kbaii

PTPTN

hai korg . sihat semua ? alhamdulilah aku sihat harinih walaupun sakit tekak sikit. mungkin sebb musim jerebu yang masih ada lagi. okayyyy.harinih nak cerita pasal ptptn . 

harinih merupakan hari penyerahan ptptn kat ukm. hari penyerahan ptptn bermula semalam iaitu jumaat sampai hari ahad nih .alhamdulilahh, urusan aku pada hari nih semuanya berjalan dengan lancar . nasib baik aku datang awal . jadi siaplahh awal. hehehe. 
berdasarkan pemerhatian aku , terdapat tiga proses untuk penyerahan ptptn  iaitu semakan , matikan setem serta penghantaran borang ptptn.nampak mcm senang kan ? tapi hakikatnya susah juga sebb nak isi borg tuh bukan mudah .kalau ada satu borng yg tak lengkap tak pasal pasal kena tunggu lagi . nak isinya pun ada cara tau. papehal alhamdulilah aku punya borang selamat hantar .

pada siapa yg datang lambat tuh memg kenalah bersabar menunggu. tapi masa kat sana  ada senior tuh dtg kat ktorg , dia cerita lahh kisah dia masa hari penyerahan ptptn dulu. dia ckp korg nih patut beruntung dan bersyukur sebb disediakan kerusi untuk duduk . dan kalau ada kesilapan pun tak kena marah . waktu akak dan abang dulu kena berdiri jea tau . ada silap sikit kena marah .sekarang nih kiranyaa pegawai dari pihak ptptn baik dan bertolak ansur.
 bila aku fikir balik. tuh lahhh . patut bersyukur . lagipun pemohon ptptn bukan 1,2,3 org tapi mencecah beribu untuk satu universiti. so kenalah bersabar kan  . pada yg kena tunggu tuh janganlahh merungut . kalau tanak lama menunggu lain kali dtg lahh awal okayy . okaylahh aku nak cerita itu jea . sorry kalau merepek. TQ . hehehehehe

Monday, 19 October 2015

Beban

Assalamualaikum dan salam sayang semua.

penat balik dari kelantan tak habis lagi . rasa mcm nak tidur jea nih masa kat kuliah. 
tugasan tutorial ...... banyak yang bertangguh . midterm yg semakin dekat . banyak betul benda yang kena fikirkan . . masa kat kelantan seronok . ketawa huhahuha . bila balik ukm beban yang kena dipikul makin berat dengan kerja yg bertangguh . tapi bila aku fikir balik . ini semua cubaan . ini baru sedikit . kadang kadang aku bersyukur beban aku takda ahh teruk sangat yg nak difikirkan dengan orang lain yg beban nak fikir pasal nak makan, tempat berteduh. tak mcm aku cuma suruh belajar jea untuk bantu keluarga aku . in sya allah aku akan anggap beban yg aku dapat nih sebagai semngat aku untuk berjaya . In Syaa Allah. 

penat

hai korang . apa khabar ? sihat semuanya ?
minta maaf lahh lambat update sebb sibuk sikit.
 sebenarnyaaa semalam aku baru balik dari kelantan . hehehehe. alhamdulilah selamat sampai kat ukm. korg mesty tertanya tanya kan buat apa aku pergi kelantan ? sebenarnyaa bukn pergi bercuti pun tapi follow family aku pergi sana hantar pengantin. tapi lepas majlis tuh aku jalan jalan juga ahh kat sekitar kelantan . walaupun penat tapi seronok . yelahhh bukan selalu dapat berkumpul dengan family ramai ramai kan . tapi sedih sebb takdapat ikut dyrong pergi Terengganu.kalau ikut aku rasa tak balik lagi nih ukm . hahaha  papepun aku enjoy. sebb kat matrik dulu kalau ada event family aku paling susah nak ada .
okayyy ahh . nak cerita tuh jea. kbye .

Sunday, 11 October 2015

10.10

Hai korg !!! selamat berhujung minggu yea semua. harap korg sihat dan bahgia di sisi yang tersayang . hehehehe
 harinih aku nak share sedikit apa yang aku buat semalam . sorry ahh tak sempat nak update semalam  sebb lepas balik penat malas nak on laptop. hehehe
sebenarnyaaa aku takdalahh pergi tempat yg best sangat . pergi ioi putrajaya, Taman Botani dan pusing pusing di sekitar Putrajaya jea. seronok lahh juga dapat kluar dari ukm lepaskan tension . huhuhu . tapi hari minggu nih stress balik ahh sebb nak siapkan assigments semua. hahaha .
 pada pendapat aku seronok juga ahh kat Putrajaya . sebb tenang jea suasana kat sana. dengan banyak bangunan yg aku rasa reka bentuk yg cantik dan unik.kat taman botani yg aku pergi tuh pun cantik.
tak percaya ? nah aku share gambar sikit


sorry ahh yea . aku dapat amik gambar sikit jea. sebb aku nih bukan suka sangat amik gambar nih . aku rasa ini je kot aku nak cerita pasal aktiviti aku pada 10.10 . hope korg enjoy kay baca blog aku nih. terima kasih . jumpa lagi yea nanti. kbye !!

Tuesday, 6 October 2015

suasana pembelajaran

Assalamualaikum semua yang membaca ,
harap semua sihat pada musim jerebu nih.
tak sangka cepatnyaaa masa kan . dah minggu keempat aku mengarut kat blog nih. hahaha

kali nih aku nak cerita pasal apa yang aku rasa menjadi pelajar u.
Alhamdulilah, dah minggu yang kelima aku belajar kat Ukm nih. biasa ahh kan manusia. dulu masa masuk matrik cepat cepat nak jadi pelajar u. sekarang dah masuk u rindu pula dengan suasana matrik.
ye. bagi aku susasana kat matrik dan kat universiti agak berbeza. tapi tak banyak pun. tapi alhamdulilah masih okayy

 apa yg  bagi aku beza ialah :

1. kat matrik dulu aku tak sibuk sangat nak balik. sebb peraturan kat Kmj dulu ketat. huhu. sebulan dibenarkan balik sekali jea tau . tapi bila kat u hampir setiap minggu juga aku balik sebb ada program keluarga. u kan suka hati kita. tapi tuh ahh dah setiap minggu balik asigment pun mcm pening ahh sikit nak siapkan . hahaha
2.masa kat matrik aku rasa suasananya lebih kepada sekolah sikit . sebb lecturer masih bimbing kita . tak siap tutorial kena marah. ada aktiviti untuk pelajar lemah mcm aku nih. tuh yg aku suka . hehehe tapi kalau kat u lebih kepada bergantung pada diri sendiri. tapi ada juga lecturer kat u yg kisah . tuh ahh . kena pandai ambil peluang untuk jumpa lecturer sendiri.
3.masa kat matrik elaun setiap bulan dapat . hehehe. kat u pun dapat . tapi mcm aku yg mohon pt tuh . kena fikir balik ahh nak bayar balik nanti. hahaha 
4. setakat nih alhamdulilah kawan aku kat matrik dan kat u okayy .kalau tak okayy tuh sebb aku . sebb mood aku nih kadang kadang yg buat org tak suka nak kawan aku. hope dah masuk u nih aku lebih kepada mersa lahh. In Syaa Allah
5.cara belajar kat matrik ada tutorial dan kuliah . dan aku lebih banyak faham kat tutor. hehe. tapi kat u cuma ada kuliah dan ada sesetengah subjek yg ada tutor . tuh yg kena rajin rajin jumpa lecturer sendiri .

okay lahhh
aku nak cerita banyak pun baru belajar 5 minggu kat sini. so mana yang boleh aku kongsikan je lahh. hehehe
 korg doakan lahh yea aku dapat biasakan suasana kat u dan dapat beljar dengan baik  kat sini bersama dengan kawan kawan aku yang lain . terima kasih . kbye korgg !!!!!

Monday, 5 October 2015

JEREBU

hai korg semua ! 
berjumpa lagi kita di minggu yg kedua coretan yang kedua. hehehe. takpelah nak acah acah sikit kan.
okayy kali ini aku nak bagi tips kat korg pasal penjagaan kesihatan diri di musim jerebu . korg semua jangan amik tak endah yea tentang perkara mcm nih. kalau tak dijaga boleh mendatangkan pelbagai penyakit yg tak diingini.

antara tipsnya yang aku ingin kongsikan ialah :

1.korg yg suka buat aktiviti luar seperti pergi camping dan mendaki gunung harap masa musim jerebu nih kurangkan lah. sebb udara tak sihat dan dapat mengelakkan risiko jerebu lain yg tidak diingini. 
2.korg yg menunggang motorsikal atau terpaksa membuat aktiviti luar seeloknya pakai ahh 'mask' untuk mengelak dari ada masalah penafasan.
3.Sentiasa basuh muka korg serta kulit yang terdedah jika keluar melakukan aktiviti luar untuk mengelakkan berlakunya kegatalan kulit. Seeloknya mandi dengan lebih kerap tau
4. Selalu minum air. kalau boleh sentiasa bawak botol air dimana pun korg pergi.
5. pergi jumpa doktor dengan segera jika terdapat simtom-simtom penyakit akibat jerebu.


Okay ini sahaja coretan untuk kali ini. harap pada sesiapa yang membaca blog aku nih boleh lah follow tips-tips yang aku beri. semoga korg semua sentiasa sihat dan berdoalah agar musim jerebu nih berlalu pergi dengan cepat agar kerja kita dapat diselesaikan dengan mudah. In Syaa Allah.

Thursday, 1 October 2015

Mentor

salam untuk semua yang membaca.

pada minggu lepas di ukm merupakan minggu perjumpaan dengan mentor.ini merupakan perjumpaan yang pertama buat aku dengan mentee yang lain untuk suai kenal dengan mentor. nama mentor aku ialah Prof. Madya Dr Ros Zam Zam. sebelum aku jumpa dengannya adalah sedikit takut sebb dia mempunyai pangkat .  biasa org berpangkat ini dilabel sombong dan tidak suka layan org sangat. tapi sangkaan aku salah apabila aku berjumpa dengannya. dia seorang yang peramah dan lebih bersikap terbuka. walaupun pada mulanya agak krik krik.hehehe dia lebih suka bercerita. dan setiap ceritanya pasti ada sesuatu yang boleh kami jadikan contoh. apa yang aku boleh simpulkan, segala cerita yang dikongsikan amat bermakna dan aku boleh amik sebagai iktibar dan semngat untuk beljar disini. terima kasih mentor .