Friday, 18 December 2015

Berakhirlah semester satu ...

Assalamualaikum. hai korggggggg semua .sihat ?  Alhamdulilahh, aku sihat . aku harap semua sihat. Mesty korang bosan sebb aku asyik mulakan ayat yang sama jea untuk setiap minggu kan. sorry ahh sebb aku nih nak mulakan ayat pun kene fikir berjam-jam. maklumlah aku bukan budak sastera. tak pandai nak bermain dengan ayat. huhuhu

topik minggu nih nak cerita pasal  berakhirlahhh sudah semester satu. maka dengan itu berakhirlahhh sudah penulisan blog disini. huhuhuhu .okay tak lawak. blog ini sebenarnya ditubuhkan atas untuk menyempurnakan tugasan untuk subjek aplikasi komputer. aku harap aku sudah sehabis baik melakukan walaupun kadang kadang aku rasa aku tak berusaha baik sangat pun . sorry

harapan aku untuk semester ini ialah aku cuba nak scor untuk final exam nanti. In Syaa Allah dan harapnya tak terlambat nak tebus balik kesalahan masa midterm harituh .

dan nak ucapkan terima kasih pada semua pensyarah yang mengajar aku untuk semester nih. harap kita berjumpa lagi yea untuk next sem. hehehe

okayy bye , xoxo ;')

Thursday, 17 December 2015

Epilog

Masa berjalan dengan begitu pantas membuatkan aku sedar bahawa semester satu bakal berakhir selepas tamat peperikasaan akhir nanti. Pada awalnya aku berjanji untuk berusaha sampai ke penamat dengan tenang. Tapi rupanya tidak mudah seperti yang aku sangkakan. Banyak halangan dan rintangan daripada manisnya. Aku tetap harus berusaha dengan apa yang aku telah lakukan walaupun tak seindah apa yang aku janjikan pada kedua ibu dan ayah dulu. Aku harus buktikan yang aku boleh buat yang terbaik berdasarkan peperiksaan akhir nanti yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan keputusan itu walaupun baru permulaan tapi itulah yang menjadi semangat untuk aku teruskan ke semester yang seterusnya. In Shaa Allah.