Dunia aku seakan berubah ketika aku melangkah masuk ke alam universiti. Begitu berbeza dengan alam persekolahan, kata ayahku. Walau apa pun, aku sudah disini. Aku sudah mula melangkah dan aku harus teruskan. Setibanya disini, bermula sudah perjuangan aku yang baru. Terima kasih ibu dan ayah atas semuanya. Berkat dari doa kalian berdua akhirnya aku berada disini. Aku akan menjaga diri dengan baiknya. Aku ingin berjaya disini seperti keinginan dan kemahuanmu. Aku akan ingat segala pesanmu. Disini, tanpa kalian berdua, hanya berbekalkan doa dan kata-kata semangat,aku harap aku tabah menghadapi ujian disini bersama dengan rakan-rakanku yang lain. Aku akan cuba hingga ke penghujungnya. aku akan cuba dan terus mencuba........
No comments:
Post a Comment