Masa berjalan dengan begitu pantas membuatkan aku sedar bahawa semester satu bakal berakhir selepas tamat peperikasaan akhir nanti. Pada awalnya aku berjanji untuk berusaha sampai ke penamat dengan tenang. Tapi rupanya tidak mudah seperti yang aku sangkakan. Banyak halangan dan rintangan daripada manisnya. Aku tetap harus berusaha dengan apa yang aku telah lakukan walaupun tak seindah apa yang aku janjikan pada kedua ibu dan ayah dulu. Aku harus buktikan yang aku boleh buat yang terbaik berdasarkan peperiksaan akhir nanti yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan keputusan itu walaupun baru permulaan tapi itulah yang menjadi semangat untuk aku teruskan ke semester yang seterusnya. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment