Sunday, 29 November 2015

Gembira Sangat !

 hai koranggg .
nak cerita tema minggu ini berkenaan dengan huruf . disebabkan huruf limited so aku cepat cepatlahh pilih huruf G . "takut nanti dapat simbol" penat juga aku nak fikir . lastnya, jadi lah tajuk 'Gembira Sangat !' hahahaha

okayy nak cerita apa yang aku gembira sangat ialah aku nak cerita aktiviti aku untuk hari minggu nih .  gembira sangat sebb aku dapat keluar luangkan masa dengan kawan- kawan aku. sebenarnyaa aku dan kawan-kawan aku keluar atas ada tugasan berkenaan dengan projek kiteorg. . dan selepas tugasan tuh selesai dengan cepat, kitaorg pun pergilah jalan-jalan . seronok juga sebb keluar ramai-ramai. mcm-mcm ragam bila bersama. sorg nak makan tuh sorg nak makan nih. nak pergi kedai tuh  . hahahha . papepun aku nak cakap aku enjoy dan nak  ucpakan terima kasih yea .semoga lain hari kita boleh enjoy lagi. huhuhu


Thursday, 26 November 2015

Hari Makroekonomi

Assalamualaikum dan selamat pagi. hai korang . dah sarapan ?
 sebelum aku nak pergi kelas aku nak update sikit lahh yea blog aku  pasal hari makroekonomi harituh di fep. hehe . sorry lahh tak sempat update semalam . penat sangat .

aku cuma nak nak beri pendapat sikit jea berkenaan dengan hari makroekonomi nih .
aku rasa seronok sebb hari makroekonomi nih lebih kurang mcm hari keluarga . jadi , dengan adanya program sebegini aku dapat meluangkan masa bersama dengan pensyarah dan rakan yang lain . dalam program sebegini juga aku dapat mengenali antara satu sama lain . selain itu, aktiviti yang diadakan juga sedikit sebanyak memberikan input kepada aku . melalui aktiviti ini aku rasa  dapat mencungkil bakat, menunjukkan kreativiti dan meningkatkan kemahiran berunding dan berfikir  masing-masing. aku  juga telah mendapat peluang untuk mendengar ceramah dari wakil unit perancang ekonomi negara dari jabatan perdana menteri. melalui ceramah ini aku mendapat banyak maklumat yang sahih berkenaan dengan ekonomi negara. walaupun aku tak berapa minat sangat berkenaan dengan ekonomi nih . bila mendengar org yang memberi ceramah bersemangat maka automatik aku juga bersemangat. hehehehe
aku berharap program sebegini dapat diteruskan lagi agar dapat meluangkan masa bersama- sama dan menambah input lagi. terima kasih.

gerak ke kelas dulu. bye !!

Friday, 20 November 2015

SIBUK

hai koranggg . mcm mana hari nih ? harap okay okayyy je ea .

ikutkan hati minggu nih nak balik . tapi tak bolehh sebb sibuk sangat dengan program , midterm yang tak habis lagi dengan kelas ganti . begitu juga dengan minggu depan . banyak projek yang kena siapkan . lepas cuti Deepavali aku mula dapat rasakan kehidupan aku sedikit sibuk berbanding minggu awal aku disini . hope aku dapat habiskan kerja projek dan assigment yang bertangguh seblum final bermula. aku cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan mcm nih. kalau bolehh aku nak chill and relax semasa siapakn semua tugasan nih . in sya allah . wish me good luck kay . walaupun sibuk mana , blog in sya allah tak tinggal .hehehehe . kbye

Wednesday, 18 November 2015

EMOSI

hai koranggg . mcm mana hari nih ? harap semuanya sihat . alhamdulilahh . masih beransur baik untuk diri nih jauh dari 'homesick' . *gedik
  okayyy untuk kali nih aku nak bagi tips sikit berkenaan dengan cara nak mengawal EMOSI. 
disebbakan tugasan minggu ini bertemakan emosi so saja je nak caps lock . hehehehe
okayy tips nih adalah tips yang aku selalu buat untuk kawal emosi aku yang tak menentu. 
 
TIPS :
  • mengawal diri supaya tenang.   
           mencari ketenangan sendiri dengan berdiam diri dan tenang . cari tempat yang jauh dari gangguan. keadaan ini boleh mengurangkan emosi marah kalau anda dalam keadaan marah
  • istighfar dan berselawat 
          ucapkan selawat dan istighfar untuk hati yang tenang ,damai dan terasa mempunyai harapan untuk masa akan datang. in syaa allah dengan iziNya selepas kita beristighfar hati akan menjadi tenang dan perasaan serta emosi dapat dikawal jika diamalkan.

  • sentiasa berfikiran positif 
           latih  dan kawal apa yang kita cuba katakan . setntiasa berfikiran terbuka dan berprasangka baik dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara terbaik untuk terus hidup dalam keadaan bahagia tanpa ganguaan perasaan atau emosi. 

ini sahaja tips yang saya ingin kongsikan . harap korang semua boleh cuba kawal emosi dengan cara tersebut. jangan terlalu ikutkan sangat perasaan sebb boleh sakit . so mulai sekarang cuba hidup dalam keadaan yang sihat supaya dapat merasakan suasana yang damai dan selesa dalam keadaan kita . in syaa allah.

Monday, 16 November 2015

NAFSU

hai . nak cerita sikit nih .
masa cuti seminggu hari tuh bukan nak cakap apalah kann . sampai jea rumah asyik makan jea . tak tahu kenapa terlalu bernafsu bila tengok makanan .hahaha. sebenarnyaa aku nih jenis orangg yang suka makan sikit tapi berulang kali . jadi bila nampak makanan tuh asyik makan jea lahh. Sebb tuh tak tahu kenyang . Lagipunn cuti kan itu yang seronok dah lama tak makan kat rumah . lagi lagi ramai sanak saudara yang balik. bila ramai balik bertambah seronok lahh kan kalau dapat makan bersama . tapi tuh lahh kadang kadangg sampai kena ingat diri sendiri 'ainn sudah sudah lahh tuh . tadi baru makan ' . aishhh tak tahu lahhh aku nih . tapi yang peliknyaa bila dah sampai sini (ukm) pandai pula kawal nafsu makan tuh (kawal pun bila nmpak makann beli juga ). yelahhh , kat rumah makan semua dah tersedia . takpayah bayar tak mcm kat sini kan . hmm mcm mana aku kawal pun bila nmpak makanan mesti akan cuit sikit walaupun kenyang . Tapi tuh lahh takut dengan perkataan "gemuk" . haishhh . Perempuan memang pelik.
okay lahh byeee. esok ada kelas. tidur dulu . selamat malam.  hastag rinduuu nak balik rumah .

cuti sudah habis

hi koranggg . apa khabar ? hope semuanya sihat sihat belaka.
cuma nak bagitahu cuti dah habis . sobb sobb .
biasa lahh kalau dah lama balik rumah tetiba nak kena balik sambung belajar lagi. faham kan perasaaan malas dan sedih tuh .
cuti aku seminggu jea. walaupun tak lama tapi alhamdulilahh . seronok sebb dapat bersama keluarga dan kawan kawan . mcm biasa lahhh perancangan aku untuk buat assigment dan kononnya belajar hanya angan angan . pape pun . takpelahh kan . nama pun cuti . jadi memang patut manfaat kan cuti  dengan sepatutnya . hahaha tapi  lepas tuh kena tanggung lahh beban sendiri kan siapkan assigment yang tak siap lagi . hahaha
pape punn tak sabar nak cuti sem nanti . hehehe . kbaiiiii.

Thursday, 12 November 2015

resepi

hai. harap korang semua dalam keadaan sihat dan bahagia.

setiap kali update mesty cerita . mesty korang pun bosan kan . okayyy sempena cuti nih . aku nak share sikit ahh pasal satu resepi. hahaha . sebenarnyaaa aku nih takdalahh pandai memasak sangat . kalau masak pun tak sedap .tapi tulah tak salahkan kalau memcuba . 
okayy aku nak share pasal cara nak buat BISKUT TIRAMISU . dengar pun mcm sedap kan ? hehehe 
resipi nih bukan aku yang reka sediri tau . tapi aku amik dari facebook. oleh kerana aku suka like page pasal makann so banyak ahh kluar kat wall aku . hehehe 
 untuk resipi nih aku rasa mudah . dan bahan nya semua boleh dapat kat kedai runcit .


bahan bahannya:

  • 1 peket biskut (tak kisah apa apa jenis )
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan air
  • secubit garam
  • serbuk milo

Cara caranya:
  • satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk 
  • denagan menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi lekit
  • tutup api 
  • susun biskut ke dalam loyang
  • masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan.
  • taburkan milo 
  • susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. ulang langkah ini sehingga habis
  • lapisan atas sekali dengan adunan kastard dan taburkan milo
  • simpan biskut tiramisu di dalam peti sejuk selama 2-3 jam
  • dan boleh dihidangkan untuk makan.
so senang je kan. korang yang membaca nih boleh lahh cuba ye di rumah ;)

Wednesday, 4 November 2015

CUTI

sekejap jea masa berlalu . dah pertengahan sem aku kat ukm nih .alhamdulilah , walaupun masih samar samar lagi tapi semua dalam keadaan yang baik. setakat nih okayy untuk semua subjek yang pensyarah ajar tapi yang tak okayy cuma aku lahh kan terima atau tak . hahaha
 cuti pertengahan pun dah bermula start 7 hb nanti .
korang mesty excited kan . yelahh walupun seminggu mestilahhh banyak  perkara yang korang nak buat.
apa yang aku nak buat masa cuti tuh nanti ? korag rasa ? 
sebnarnyaaa ini cuma perancagn tak tahu lahh buat ke tak kan. 
mestilahh perancangn pertama kat rumah nanti kalau boleh nak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah seblum enjoyyy . tetapi biasanya itu cuma angan angan kosong sebb naik cuti nanti baru sibuk nak buat . hahaha
okayy yg ini aku rasa in sya allah perancangan aku menjadi iaitu nak jumpa dengan kawan kawan aku yg lama sudah tidak ketemu . huhuhuhu

so apa yang aku harap cuti nih aku boleh release kan tension sikit  bersama dengan family and kawan kawan seblum nak menghadapi untuk final yang semakin dekat . in sya allah . 
selamat bercuti gaisss . xoxo.