setiap kali update mesty cerita . mesty korang pun bosan kan . okayyy sempena cuti nih . aku nak share sikit ahh pasal satu resepi. hahaha . sebenarnyaaa aku nih takdalahh pandai memasak sangat . kalau masak pun tak sedap .tapi tulah tak salahkan kalau memcuba .
okayy aku nak share pasal cara nak buat BISKUT TIRAMISU . dengar pun mcm sedap kan ? hehehe
resipi nih bukan aku yang reka sediri tau . tapi aku amik dari facebook. oleh kerana aku suka like page pasal makann so banyak ahh kluar kat wall aku . hehehe
untuk resipi nih aku rasa mudah . dan bahan nya semua boleh dapat kat kedai runcit .
bahan bahannya:
bahan bahannya:
- 1 peket biskut (tak kisah apa apa jenis )
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- 4 sudu makan tepung kastard
- 1 cawan air
- secubit garam
- serbuk milo
Cara caranya:
- satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk
- denagan menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi lekit
- tutup api
- susun biskut ke dalam loyang
- masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan.
- taburkan milo
- susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. ulang langkah ini sehingga habis
- lapisan atas sekali dengan adunan kastard dan taburkan milo
- simpan biskut tiramisu di dalam peti sejuk selama 2-3 jam
- dan boleh dihidangkan untuk makan.
so senang je kan. korang yang membaca nih boleh lahh cuba ye di rumah ;)
No comments:
Post a Comment