Friday, 18 December 2015

Berakhirlah semester satu ...

Assalamualaikum. hai korggggggg semua .sihat ?  Alhamdulilahh, aku sihat . aku harap semua sihat. Mesty korang bosan sebb aku asyik mulakan ayat yang sama jea untuk setiap minggu kan. sorry ahh sebb aku nih nak mulakan ayat pun kene fikir berjam-jam. maklumlah aku bukan budak sastera. tak pandai nak bermain dengan ayat. huhuhu

topik minggu nih nak cerita pasal  berakhirlahhh sudah semester satu. maka dengan itu berakhirlahhh sudah penulisan blog disini. huhuhuhu .okay tak lawak. blog ini sebenarnya ditubuhkan atas untuk menyempurnakan tugasan untuk subjek aplikasi komputer. aku harap aku sudah sehabis baik melakukan walaupun kadang kadang aku rasa aku tak berusaha baik sangat pun . sorry

harapan aku untuk semester ini ialah aku cuba nak scor untuk final exam nanti. In Syaa Allah dan harapnya tak terlambat nak tebus balik kesalahan masa midterm harituh .

dan nak ucapkan terima kasih pada semua pensyarah yang mengajar aku untuk semester nih. harap kita berjumpa lagi yea untuk next sem. hehehe

okayy bye , xoxo ;')

Thursday, 17 December 2015

Epilog

Masa berjalan dengan begitu pantas membuatkan aku sedar bahawa semester satu bakal berakhir selepas tamat peperikasaan akhir nanti. Pada awalnya aku berjanji untuk berusaha sampai ke penamat dengan tenang. Tapi rupanya tidak mudah seperti yang aku sangkakan. Banyak halangan dan rintangan daripada manisnya. Aku tetap harus berusaha dengan apa yang aku telah lakukan walaupun tak seindah apa yang aku janjikan pada kedua ibu dan ayah dulu. Aku harus buktikan yang aku boleh buat yang terbaik berdasarkan peperiksaan akhir nanti yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan keputusan itu walaupun baru permulaan tapi itulah yang menjadi semangat untuk aku teruskan ke semester yang seterusnya. In Shaa Allah.



Friday, 11 December 2015

Prolog

Dunia aku seakan berubah ketika aku melangkah masuk ke alam universiti. Begitu berbeza dengan alam persekolahan, kata ayahku. Walau apa pun, aku sudah disini. Aku sudah mula melangkah dan aku harus teruskan. Setibanya disini, bermula sudah perjuangan aku yang baru. Terima kasih ibu dan ayah atas semuanya. Berkat dari doa kalian berdua akhirnya aku berada disini. Aku akan menjaga diri dengan baiknya. Aku ingin berjaya disini seperti keinginan dan kemahuanmu. Aku  akan ingat segala pesanmu. Disini, tanpa kalian berdua, hanya berbekalkan doa dan kata-kata semangat,aku harap aku tabah menghadapi ujian disini bersama dengan rakan-rakanku yang lain. Aku akan cuba hingga ke penghujungnya. aku akan cuba dan terus mencuba........

Tuesday, 8 December 2015

"The Good Dinosaur"

haiii . hari nih nak buat review sikit berkenaan dengan cerita nih .  hehehe
okayyy, sebenarnyaaa The Good Dinosaur nih dah ditayangkan pada 25 november 2015 . tapi baru hari sabtu harituh aku dapat tengok cerita nih. sedih kan ? tapi papehal aku dapat tengok juga. huhhu

aku tengok cerita nih sebb aku suka tengok animasi. tapi takdalahh obses sangat. cuma kalau nak pergi tengok wayang aku akan cari animasi dulu. hahaha 

 serius talk lahh . aku nangis masa tengok cerita nih. tapi ada yang kelakar juga. hahahaha . dalam cerita nih nampak mcm real walaupun hanya animasi tau. kalau nak tahu tengok lahhh sendiri.

secara ringkasnya cerita nih berkenaan dengan  Arlo, anak dinosaur yang penakut dan selepas itu menjadi seorang yang berani dan hebat selepas melalui banyak rintangan bersama dengan spot. siapa spot ? apa rintangan yang dia lalui sampai menjadi seorang yang berani seperti ayahnya ? hah, nak tahu tengok kayy . hahahaha
okayyy bye. 





Saturday, 5 December 2015

Nasi Ambeng

hai koranggg . sihat semuanya?alhamdulilah aku pun sihat .

okayyy semakin nak minggu akhir-akhir nih tema untuk blog semakin mencabar . hehehe
okayy tema minggu nih ialah akronim nama kita . nama aku bermula dengan huruf N dan A so setelah lama berfikir jadilahh nasi ambeng. hehe
aku pernah post pasal nasi ambeng nih . tapi harinih aku nak cerita dengan lebih mendalam sedikit berkenaan dengan nasi ambang nih .

Nasi ambang atau selalu disebut nasi ambeng merupakan makanan tradisi orang jawa. dulu nak cari nasi ambeng nih susah . hanya terdapat dekat setengah tempat jea.biasanya terdapat dekat majlis kecil-kecilan atau tahlil. biasa orang Johor selalu buat . tapi sekarang bukan kat Johor jea , kat negeri lain pun ada . kalau teringin nak makan mesti ada jual kat restoran . tapi kenalah cari .

menu yang terdapat dalam nasi ambeng ialah ayam masak kicap, mee goreng, serunding kelapa, ikan bulu ayam dan sayur jawa serta dengan nasi putih lh kan .

nasi ambeng nih seronok kalau makan ramai ramai. orang panggil makn dalam dulang . biasanya satu dulang 4 atau 5 orang makan . kalau dah makan ramai-ramai tak sedap pun boleh jadi sedap. hehehe

okaylah, siapa yang tak pernah cuba , cubalah rasa. sebab lauk untuk nasi ambeng nih sebati dan tak rasa pelik pun bila makan . tapi rasa sedap . ^^ byee bye !












Thursday, 3 December 2015

Road To Final

Hai korang. kejap jea kan masa . dah nak minggu ke 13 . kiranya ada lagi satu jea minggu lepas tuh study week and exam for final sem 1 . huhuhu
rasa kejap jea dah nak habis sem 1. hmmm.

persediaan untuk final ? huhuhu . kau rasa ?hahahaha
untuk masa sekarang aku cuma fokuskan untuk siapkan semua tugasan dan projek akhir aku. in sya allah lepas tuh baru fokus kepada final.

Perasaan nak final ?  takut ah juga nak final nih . sebb aku rasa aku banyak main main. belajar kat kuliah jea. lepas tuh lupa. kerja jgn ckp ahh . bertangguh jea. hmm. nak kata sibuk tak sibuk sebb ada waktu jea tonton movie. hahaha.haishh,  aku harap lepas semuanya selesai aku dapat belajar dalam keadaan baik tanpa stress. in sya allah,

okayy ahhh . berjumpa kita nanti untuk coretan yang seterusnya. Assalamualaikum.